Thursday, February 2, 2017

It's a Beautful Day

Assalamualaikum,
Berhabuknya blog ni. Sapu-sapu sikit. Okay start typing...

So my very last entry is about I'm engaged to this lovely man right?

It goes very well Alhamdulillah syukur. Bertunang hanya 3 bulan. Masyallah, masa tu di fikiran masih bermain-main "Betul ke kau nak jadi isteri orang ni? Besar tanggungjawabnya tau." Masa tu rasa macam main-main je. Bila lihat cincin di jari, oh tunangan orang rupanya aku ni. 3 bulan bukan lama, banyak preparation yang nak diuruskan. Agak haru-biru juga tapi Alhamdulillah okay.

Sejujurnya pada waktu tu aku tak punya apa. Kerja freelance, memang risau mampukah? Tapi orang tua banyak pesan pada aku mengadulah pada yang Esa. Ya, memang atas sejadah itulah aku mengadu dilinangi air mata. Tak ada kata manis yang tersusun di bibir, aku hanya menyebut "Ya Allah yang Maha Kuasa, Engau permudahkanlah setiap langkah ini dan bawalah aku keluar dari kesulitan."


Pejam celik-pejam celik, tinggal beberapa jam je lagi. Masa tu tak rasa apa lagi gemuruh takda apa takda. Dalam fikiran nak siap mekap, make sure bridesmaid dah ready, hantaran bawak pegi masjid terus. Semua dah berkumpul di masjid. Masa tu aku tunggu dalam kereta dengan Aisyah (kawan high school). Mata meliar dok cari seorang jejaka yang janji nak pakai baju warna sama, iaitu off white. Ha time ni dah bergegor tangan, kaki dah goncang-goncang. Dia punya nervous tu hahaha. Tak lama lepastu si dia pun tiba dengan abangnya. "Waduh, segaknya! Hensem betul lah" jerit dalam hati jela.


Tapi bila dah duduk depan tok kadi, tengok muka-muka sanak saudara nervous tu automatik hilang. Hati rasa tenang je. Maka sesi ceramah pendek pun berjalan. Time tu kesian tok kadi tengah syok ceramah, dewan belakang tengah buat kelas apa tah, pasang microphone salah setting satu masjid dengar. Jenuh la tok kadi kuatkan suara nak perjelas ceramah dia. Sampai semput-semput tarik nafas. Tak baik gelak tau. Gelak dalam hati je.


Maka, dengan sekali lafaz, sah lah aku sebagai seorang isteri kepada Abdul Rauf, jejaka berketurunan Melanau, Sarawak. Time tu kena cover sikit, jangan nak sengih sangat. Time nak salam ibu mertua tu tangan menggigil. Sebab rasa berbesar hati dihadiahkan semula seorang ibu dalam hidup. Maklumlah, mak aku dah 9 tahun pergi. Maka air mata pun berjujuran. Lupa pulak make up aku oi habis mata hahaha. Nasib boleh touch up balik.


Majlis bersanding pun diadakan pada hari yang sama dalam dewan masjid. Majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna. Insyaallah nanti kalau free nak share wedding plan & checklist yang dibuat.



Nah belanja sikit gambar selepas akad nikah.
12 Mac 2016




Another one with my bridesmaids


Post wedding di homestay yang cukup romantis.

No comments:

Post a Comment