Thursday, December 13, 2018

Mekar, mekar si bunga

Assalamualaikum,

Ya seperti biasa berhabuk jua blog ini. But I kinda proud of myself. Sebab? Sebab masih setia nak update blog. Omg I was in high school masa I start blogging. It was so much fun! So so much! I hope whoever yang baca blog ni, I would like to thank you guys. Like really, thank you so much from the bottom of my heart. Sudi jugak korang singgah my blog just to isi masa lapang.

Okay now, selepas kahwin. Alhamdulillah nak masuk tiga tahun usia perkahwinan kami. Guess what? Now kami dah bertiga! Alhamdulilah our firstborn princess is healthy and such a playful little girl. She's 17months old now. Yeah I know right, lama sangat tak update. I call her B for short and my husband suka pangil dia Girl. Yeah like obviously.

Being a mom is another level. You akan diperkenalkan dengan sesuatu yang dipanggil TANGGUNGJAWAB. Yes, it is a big responsibility. Tapi, moment yang you dapat dalam sehari-harian tu tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Serious ada anak ni buat you jatuh cinta sekali lagi. Dengan sesorang yang lahir dari rahim you. It was priceless. Mommy love you B!

What else, oh ya. my goals nak pergi Jepun is still on it's way. Doakan la ya I dapat pergi Mekah buat Umrah/Haji & dapat jalan pergi Jepun. I pun doakan korang punya impian nak melihat bumi Allah yang luas ni tercapai jugak. Insyaallah.

AND most of all, doakan I jadi a better person. I bersyukur sangat sebab masih dapat bernafas, udara free Allah bagi. Kadang kita terleka dengan dunia tapi Allah tu BAIK Dia still bagi nikmat and hadiah untuk kita hambaNya. Kita sama-sama berubah okay? Love you guys. Till my next post, insyaallah. Assalamualaikum.

Oh nah i share gambar our little princess. 99.99% muka daddy dia okeyh.


A.Nadine A.R

Friday, January 12, 2018

Life as a wife

Assalamualaikum, apa khabar?

Alhamdulillah, setelah bergelar isteri maka terbukalah lembaran kisah hidupku yang baru. Banyak perkara dan hal yang aku belajar dan masih akan terus belajar.

Masak?
Ha ini yang paling seronok untuk diceritakan. Aku jarang memasak ketika bergelar anak dara. Takdela sampai nak masak telur pun tak reti. Itu cari nahas namanya. Basic boleh la masak. Tapi aku dah mindset siap-siap sebelum masak aku doa dulu. "Ya Allah, jadikanlah aku menantu yang boleh sejukkan hati mertua, isteri yang pandai tambat hati suaminya dengan memasak ni." Dengan hati yang berdebar-debar, aku jadikan Google sebagai Teacher. Selamba aku buka Google sebelah mak mertua. Nasib dia rilek je. Pheww

So dari situ aku praktis praktis dan praktis. Alhamdulillah dalam masa beberapa bulan aku boleh la masak 3-4 jenis lauk untuk waktu makan. Husband I cakap sedap you alls, kembang jap hati ni berbunga-bunga 😂 Lagi lincah tangan ni nak pegang kuali kalau dipuji begitu.

Tapi, dalam banyak-banyak perkara, solat berjemaah bersama suami adalah moment paling seronok sekali. Marah la macam mana pun, tapi bila solat jemaah selesai, kucup tangan suami, runtuh segala ego dan amarah dalam hati ni. Ajaibnya solat berjemaah.

Okay lah so far itu je update setelah beberapa lama menyepi 😂 Insyaallah aku akan kongsikan lagi cerita-cerita pada masa akan datang.