Thursday, August 21, 2014

Mentari Menjengah Pagi

Assalamualaikum
Terasa sekejap sangat tidur. Mengantuk tak habis lagi. Mata masih terkebil-kebil. Actually memang sekejap je pun tidur. Mata bersengkang sampai pukul 3 pagi. Mungkin memikirkan tentang hari ini. Saya nak turun KL sebentar sahaja lagi. Macam jauh je kan hehe. Tapi hakikatnya memang terasa jauh. Dah rindu nak jumpa dua orang anak buah ni. Sofea dengan Mamai rindu Mak Ngah tak? Lagipun saya belum beraya dengan Along. Biarlah lambat, janji sempat ye.

Buka sliding door di beranda rumah, cahaya matahari mula memancar. Hangat je rasa bercampur angin sejuk yang bertiup sekali-sekala. Subhanallah. Saya pun memulakan langkah pergi beli tiket bas. Macam biasa dekat Uncle tu. Kembang kuncup hidung berjalan. Pagi ni tak ramai tourist pulak. Selalu kalau jalan ada je menegur "Good morning, Good morning"
Selepas bersalaman dengan keluarga, saya pun naik bas. Penuh tourist je, so disebabkan tak nak mabuk, saya pun tidur cepat-cepat. Bila sampai je Rawang, cuaca panas mula singgah. Pening kepala dengan terik mentari. Ya Allah, kalau ini panasnya matahari yang berjuta kilometer dari bumi, macam mana panasnya semasa akhirat yang sejengkal tu.
Bila sampai KL Sentral, lupa pulak saya berseorangan. Beg dah la gabak, berat, dua pulak tu! Nak patah pinggang menggendong beg. Sampai Sri Rampai saya pun dijemput, makan steak dekat Wangsa Link. Mahellll dan tak sedap. Entah apa special tempat tu, tapi ramai. Maybe tekak masing-masing kot.

Sampai je depan rumah, beri salam. Terdengar suara anak buah terjerit-jerit Mak Ngah! Mak Ngah! Hahaha budak comel ni, tapi saya menyorok tepi dinding. Pusing satu rumah dia mencari. Last2 jumpa jugak. Maka melekat la dua ketul di pangkuanku. Rindu letteww
Apa pun Alhamdulillah thank you Allah kerana dengan kuasamu selamat aku sampai.

Wednesday, August 20, 2014

Maafkan Tuan, Daku Bernyanyi

Assalamualaikum, salah sejahtera hendaknya kepada semua pembaca.
Melihat kepada post yang lepas menampakkan betapa telah lamanya saya tidak menjengah blog ini. Ya, sememangnya saya terlalu sibuk dengan urusan kerja, pindah, dan sebagainya.
Sehingga pada hari ini terdetiklah sudah hati untuk membuka akaun. Alamak aiii rindunya nak menaip. Melihat kepada kisah terakhir saya, oh my....bertarikh Mac 2014. 4 bulan saya meninggalkan dunia penulisan. Tak terkata. Dulu masa blog lama, saya la orang yang rajin update blog buat tatapan semua. Tu lah, bila usia sudah meningkat, kita memang sibuk dengan urusan masing-masing.

Okay, mana nak mula dulu ni ya. Oh ya, disebabkan kami sudah pun berpindah ke CH, maka saya pun mengambil keputusan untuk meninggalkan kompeni yang dah setahun saya kerja. Sedih memang sedih nak tinggalkan friendship yang dah terbina. Macam-macam kenangan yang terjadi semasa menjalankan tugas. Sekurangnya saya belajar macam mana nak handle pelanggan yang cerewet, kedekut, berkira, yang suka memaki hamun, berlagak, dan macam-macam lagi perangai pelik dapat saya saksikan. Tuhan saja yang tahu tahap kesabaran bekerja dalam bidang servis ni. Insyaallah saya akan gunakan pengalaman ini pada masa akan datang.
Setiap perjalanan mesti ada kesudahannya, begitulah lumrah kehidupan. Cuma pengakhiran itu tertutup secara baik atau pun tidak. Apa yang saya pelajari, walau susah macam mana ujian itu datang, kita tetap kena teruskan kehidupan. Semoga apa yang terjadi membantu kita untuk terus bangkit mengharunginya. Ingatlah dalam hati, Hasbunallah wanikmal wakil.
Pengalaman duduk di tempat tinggi ni memang berlainan dengan kehidupan bandar. Kalau dulu kita pakai sehelai baju je, sekarang berlapis-lapis. Kira badan kita ni mcm weather-shock la. Kulit jadi mudah kering. Kena paksakan diri untuk minum air banyak walaupun tekak tak minta air. Kalau nak mandi tak usah cakap, macam air batu. Tapi nasib baik la memang ada hot shower, takdela terjerit-jerit menahan sejuk.

Pendek kata kena biasakan diri la duduk dekat sini. Kalau dekat bandar ada shopping mall, panggung wayang, tempat nak hangout minum. Sini kalau ada pun kedai tutup pukul 5 petang. Malam yang ada pun kedai mamak, tak pun Starbucks Coffee (tak minum dah). Kalau nak pergi pusing2 pun, jalan kaki je. Kembang hidung menghirup udara segar tau. Tapi permandangan memang terbaik la di sini. Semuanya HIJAU, sejuk mata memandang. Subhanallah!
Apa pun tipu la kalau tak homesick, rindu wey KL tanah tumpahnya darahku. Semua kenangan ada termaktub di sana. Betul punya rindu yang teramat, Tuhan saja yang tahu. Harap korang di sana baik-baik belaka ya.

Okeylah, sampai di sini sahaja dulu. Insyaallah ada masa, saya buat nukikan baru. Wassalamu.

Tuesday, March 11, 2014

Embun Pagi Menjengah Hati

Assalamualaikum,

Apabila kita masih mencari, tiada apa yang mampu membantu diri kita selain Tuhan. Mungkin yang tersirat selama ni dah menjadi tersurat. Denai-denai pagi yang kulalui tak akan sama seperti birunya langit tinggi di sana. Actually takde kena mengena pun, saja nak buat intro macam seorang penulis (kalau ada bakatnya pun)

So sekarang adalah hari masuk kerja lambat, tetapi kalau hari-hari dah biasa bangun awal, akan terbuka jua mata ni dari lena mimpi. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana kau telah beri satu lagi hari untuk aku teruskan perjuangan hidup. PRODUKTIF!

Erm sebenarnya saya masih tak tahu nak tulis apa.. sebabnya still not in my alpha mode. I need caffein but I just can't, kerana caffein la saya dapat masalah kalsium yang rendah sekarang ni (I just love coffee so badddd!) Bila usia dah meningkat ni la baru terasa sakit sana sakit sini. Kurang kalsium la, kurang vitamin E lah, kurang air la, kurang berat badan la. Oh sentuh pasal berat badan I don't know somehow why my weight drop, nak kata kurang makan time kerja banyak je temptation di depan mata, balik rumah makan lagi. Agak membimbangkan kerana saya tak mahu la kelihatan seperti jerangkung yang sedang bergerak. Too skinny is so not good you know.

So.... okey gotta go cause I just don't have any idea what to write (still awkward!)
=___= Mungkin kepenatan mengajar kita untuk jadi kurang kreatif dan mengembangkan otak untuk berkarya. But hey, gotta keep climbing up till the top right? Okay Mimie stop mengarut dan pergi kerja. Jalani hari-hari anda dengan penuh yakin ya.

Tuesday, February 18, 2014

Berpagi Belum Menuai Murka

OMG dramatiknya tajuk. I like metaphor actually I really do. I like the way the rhetorical figures of speech which is somehow some people find out that it's hard to understand. Good. Stay macam tu biar saya je yang faham. 

Btw assalamualaikum,


Bukan nak menyatakan murka atau apa, cuma harini alhamdulillah mata terbuka semula selepas lena terbuai mimpi (kalau mimpi pun) But lately ni badan selalu sakit-sakit which I dunno how to explain, badan kejang-kejang almost every night and it hurt so bad. Sampaikan tak perasan air mata mengalir sendiri, kemudian sambung tidur semula. The next day, always nak pitam and so on. Hopefully today I will get better insyaallah.


Sebenarnya saya still kekok lagi nak menaip sebab di pagi hari ni kita kan like a retarded robot. I have to reboot to keep focus and everything. Hopeffully I didn't fell asleep (as always) on my way to work. Cause I hate it! Get tired easily man I need supplement or something.







Okey that's all, will write again when my alpha-mode is back on track.

Sunday, February 16, 2014

Throwback

Hai, just nak share gambar ni masa balik kampung Hari Raya tahun 2013. Raya ke-4 baru dapat balik Cameron, kerjaan punya pasal. Thanks Abah bawak saya jalan-jalan , love you.


Throwback : Mossy Forest, CH ,September 2013

Berlutut Aku di Lantai Bumi

Assalamualaikum semua, sihat ke? Rasanya memang dah lama jari-jemari ni tak menari di atas keyboard buat tatapan. Terlalu banyak sangat perkara yang berlaku & perubahan yang membuatkan masa mencemburui bakat terpendam nak memulis nih (ececeh)

Okey first of all, saya ingin mengucapakan 


ALHAMDULILLAH THANK YOU ALLAH

buat kehidupan saya selama hari-hari yang berlalu, penuh suka duka dan bermakna. Kalau bukan keranaMu aku tak mungkin dapat bernafas lagi.


Perubahan
Yang berlaku sekarang adalah perpindahan. Kami dah tak duduk KL lagi dah, semua pakat naik CH duduk sana, tinggi sikit kan. Kalau nak kata tentang berat hati untuk tinggalkan rumah yang telah saya tinggal selama saya hidup ni, tak tertahan dek air mata. Penuhnya kenagan dalam ingatan yang tak dapat nak dicurahkan dekat sesiapa. Terutama kenangan dengan arwah ibunda & nenek, kenangan kanak-kanak di sana, kenangan membesar sebagai siapa saya sekarang.  Saya cekalkan juga hati ini untuk meneruskan perjalanan hidup.

Pengorbanan yang saya kira besar yang saya lakukan adalah terpaksa melepaskan SEMUA anak-anak bulus saya kepada new owner. Kalau dihitungkan mungkin mencecah 15 ekor kesemuanya. Dah selamat dah bergolek manja dengan mama papa baru diorang. Tipu la saya cakap kalau tak menangis masa nak serahkan diorang, sampai mama papa baru diorang serba salah tengok air mata dah menjejeh-jejeh cium anak-anak aku tu. Maafkan mummy anak-anak, mummy sentiasa rindukan korang, balik kerja je belek laptop tengok slideshow gambar anak-anak mummy ni. Lalu mengalir la air mata, sekian.

Rezeki tak ke mana, kalau Tuhan nak beri rezeki tu bila-bila pun boleh. Cuma kita ni je sabar ke tak sabar. Alhamdulillah syukur kalau dihitung tolak tambah bahagi darab hampir genap setahun saya berkerja di syarikat sama. Ingat lagi post saya tentang hari pergi interview kerja? Ha yang itu lah.

Masa yang mendatang sememangnya mengajar kita untuk dewasa. Entah kenapa saya rasa semakin tenang bila berhadapan dengan sesuatu situasi. Actually it's not that bad when you have to be what you have to be, an adult. But at the same time kita juga semakin rindu untuk melihat ke belakang, supaya kita tak lupa apa tujuan kita memandang ke hadapan. Insyaallah, kita kena yakin dengan Tuhan bahawa Dia lah sebaik-baik pelindung kita. 

Semoga kita semua memperoleh ketenangah hati, amin.