Thursday, August 21, 2014

Mentari Menjengah Pagi

Assalamualaikum
Terasa sekejap sangat tidur. Mengantuk tak habis lagi. Mata masih terkebil-kebil. Actually memang sekejap je pun tidur. Mata bersengkang sampai pukul 3 pagi. Mungkin memikirkan tentang hari ini. Saya nak turun KL sebentar sahaja lagi. Macam jauh je kan hehe. Tapi hakikatnya memang terasa jauh. Dah rindu nak jumpa dua orang anak buah ni. Sofea dengan Mamai rindu Mak Ngah tak? Lagipun saya belum beraya dengan Along. Biarlah lambat, janji sempat ye.

Buka sliding door di beranda rumah, cahaya matahari mula memancar. Hangat je rasa bercampur angin sejuk yang bertiup sekali-sekala. Subhanallah. Saya pun memulakan langkah pergi beli tiket bas. Macam biasa dekat Uncle tu. Kembang kuncup hidung berjalan. Pagi ni tak ramai tourist pulak. Selalu kalau jalan ada je menegur "Good morning, Good morning"
Selepas bersalaman dengan keluarga, saya pun naik bas. Penuh tourist je, so disebabkan tak nak mabuk, saya pun tidur cepat-cepat. Bila sampai je Rawang, cuaca panas mula singgah. Pening kepala dengan terik mentari. Ya Allah, kalau ini panasnya matahari yang berjuta kilometer dari bumi, macam mana panasnya semasa akhirat yang sejengkal tu.
Bila sampai KL Sentral, lupa pulak saya berseorangan. Beg dah la gabak, berat, dua pulak tu! Nak patah pinggang menggendong beg. Sampai Sri Rampai saya pun dijemput, makan steak dekat Wangsa Link. Mahellll dan tak sedap. Entah apa special tempat tu, tapi ramai. Maybe tekak masing-masing kot.

Sampai je depan rumah, beri salam. Terdengar suara anak buah terjerit-jerit Mak Ngah! Mak Ngah! Hahaha budak comel ni, tapi saya menyorok tepi dinding. Pusing satu rumah dia mencari. Last2 jumpa jugak. Maka melekat la dua ketul di pangkuanku. Rindu letteww
Apa pun Alhamdulillah thank you Allah kerana dengan kuasamu selamat aku sampai.

Wednesday, August 20, 2014

Maafkan Tuan, Daku Bernyanyi

Assalamualaikum, salah sejahtera hendaknya kepada semua pembaca.
Melihat kepada post yang lepas menampakkan betapa telah lamanya saya tidak menjengah blog ini. Ya, sememangnya saya terlalu sibuk dengan urusan kerja, pindah, dan sebagainya.
Sehingga pada hari ini terdetiklah sudah hati untuk membuka akaun. Alamak aiii rindunya nak menaip. Melihat kepada kisah terakhir saya, oh my....bertarikh Mac 2014. 4 bulan saya meninggalkan dunia penulisan. Tak terkata. Dulu masa blog lama, saya la orang yang rajin update blog buat tatapan semua. Tu lah, bila usia sudah meningkat, kita memang sibuk dengan urusan masing-masing.

Okay, mana nak mula dulu ni ya. Oh ya, disebabkan kami sudah pun berpindah ke CH, maka saya pun mengambil keputusan untuk meninggalkan kompeni yang dah setahun saya kerja. Sedih memang sedih nak tinggalkan friendship yang dah terbina. Macam-macam kenangan yang terjadi semasa menjalankan tugas. Sekurangnya saya belajar macam mana nak handle pelanggan yang cerewet, kedekut, berkira, yang suka memaki hamun, berlagak, dan macam-macam lagi perangai pelik dapat saya saksikan. Tuhan saja yang tahu tahap kesabaran bekerja dalam bidang servis ni. Insyaallah saya akan gunakan pengalaman ini pada masa akan datang.
Setiap perjalanan mesti ada kesudahannya, begitulah lumrah kehidupan. Cuma pengakhiran itu tertutup secara baik atau pun tidak. Apa yang saya pelajari, walau susah macam mana ujian itu datang, kita tetap kena teruskan kehidupan. Semoga apa yang terjadi membantu kita untuk terus bangkit mengharunginya. Ingatlah dalam hati, Hasbunallah wanikmal wakil.
Pengalaman duduk di tempat tinggi ni memang berlainan dengan kehidupan bandar. Kalau dulu kita pakai sehelai baju je, sekarang berlapis-lapis. Kira badan kita ni mcm weather-shock la. Kulit jadi mudah kering. Kena paksakan diri untuk minum air banyak walaupun tekak tak minta air. Kalau nak mandi tak usah cakap, macam air batu. Tapi nasib baik la memang ada hot shower, takdela terjerit-jerit menahan sejuk.

Pendek kata kena biasakan diri la duduk dekat sini. Kalau dekat bandar ada shopping mall, panggung wayang, tempat nak hangout minum. Sini kalau ada pun kedai tutup pukul 5 petang. Malam yang ada pun kedai mamak, tak pun Starbucks Coffee (tak minum dah). Kalau nak pergi pusing2 pun, jalan kaki je. Kembang hidung menghirup udara segar tau. Tapi permandangan memang terbaik la di sini. Semuanya HIJAU, sejuk mata memandang. Subhanallah!
Apa pun tipu la kalau tak homesick, rindu wey KL tanah tumpahnya darahku. Semua kenangan ada termaktub di sana. Betul punya rindu yang teramat, Tuhan saja yang tahu. Harap korang di sana baik-baik belaka ya.

Okeylah, sampai di sini sahaja dulu. Insyaallah ada masa, saya buat nukikan baru. Wassalamu.