Monday, December 14, 2015

Family Tree

Assalamualaikum,
Salah sejahtera semua.
Sila taris nafas panjang & hembus kerana rajin pulak nak menaip harini.
Harap tekun membaca ya.

Pernah terbayang tak suatu hari nanti family tree kita makin bercabang rantingnya. Teringat masa sekolah dulu, selalu bergurau dengan classmates. 



"Eh kau nak kawin umur berapa?"

Jarang sekali aku fikirkan benda tu. Pada yang kenal aku, diorang tau aku jenis rock2 sikit. Masa kolej pun orang panggil aku Ella. (Adoi la korang) Jadi, sekarang ni macam mana?

Meh sini nak kongsi sedikit cerita kecil dari aku.

Sewaktu kolej, aku jarang-jarang lepak dengan perempuan. Sebab leceh bagi aku, better lepak dengan geng lelaki. Kawan perempuan yang aku rapat masa kolej ada dua je. Eka & Fatin, which sampai sekarang masih menjadi soul sisters aku Alhamdulillah. Yang hado geng-geng lelaki jela. Lecturer perempuan pun aku ngam suam-suam kuku je. Entahlah bagi aku lebih senang deal dengan lelaki especially bab assignment.

Jadi di mata aku masa tu tak ada yang special pun lepak dengan lelaki kecuali masa deal assignment. Yang lain tu masa nak makan, aku tengok tempat jugak. Kalau mamak, diorang mesti nak duduk luar sebab nak berasap. Dulu vape tak popular sangat. So tahap kelemasan rokok tu menghancurkan kebebasan pernafasan aku.

Lepas dari belajar pun aku tak lepak sangat dengan budak kolej, kecuali dengan Fatin. Ha start dari situ aku dengan Fatin dah macam kuku dengan jari. Nampak macam takde kena mengena kan? Haa abaikan je. Then selepas tu tak ada lah perbezaan sangat. Sehinggalah masuk alam pekerjaan. 

Alam pekerjaan is another step of reality yang kita kena tempuh. Bermacam ragam, tapi kalau apa yang kita buat tu seronok, takdelah rasa beban sangat. At this point, termuncullah semula seseorang hamba Allah ni, ex-classmate kolej yang bernama Rauf. Bila fikir-fikir rajin jugak la aku lepak dekat kafeteria kolej dengan kawan-kawan dia sekali. Lepas grad memang kita berdua tak contact. Tapi nak dijadikan cerita rapat balik. 

Mula-mula lepak macam biasa dengan dia. Tapi makin lama macam dia asik nak keluar berdua je dengan kita. Time tu dah rasa lain sikit. Jadi aku merujuk kepada pakar motivasi diri iaitu Cik Fatin Syazana. "Dude, I think he likes you." Jangan buat lawak boleh, tu member tu weh. "No no no, I seriously think he likes you."

Hmmm kenyataan Fatin dah membuatkan aku tak senang duduk. Bagi aku Rauf ibarat geng, member. I do admit that he's a nice guy. Tapi nak ke arah cinta, memang tak kot. Sangat awkward kalau dapat tau member kita ada hati dengan kita #saiatakuaddd

Nak dijadikan cerita disebabkan "tak kot" aku tula menjadi realiti perjalanan hidup. Makin ku kenal budinya, makin melekat pula.

Pada suatu hari Rauf jumpa Aboh saya seorang diri dan menyatakan hasrat di hati. Katanya dah memendam rasa sejak kolej. Cuma sekarang baru dia berani. Maka sesi merisik telah pun dijalankan dengan penuh berkat dan mudah. Pada 19/12/2015 telah selamat pun aku menjadi tunang kepada Rauf Salleh. Semoga perjalanan "member-member" kita ni dipermudahkan ke ikatan yang sah. Insyaallah.



Bergambar bersama rombongan lelaki

No comments:

Post a Comment