Thursday, August 21, 2014

Mentari Menjengah Pagi

Assalamualaikum
Terasa sekejap sangat tidur. Mengantuk tak habis lagi. Mata masih terkebil-kebil. Actually memang sekejap je pun tidur. Mata bersengkang sampai pukul 3 pagi. Mungkin memikirkan tentang hari ini. Saya nak turun KL sebentar sahaja lagi. Macam jauh je kan hehe. Tapi hakikatnya memang terasa jauh. Dah rindu nak jumpa dua orang anak buah ni. Sofea dengan Mamai rindu Mak Ngah tak? Lagipun saya belum beraya dengan Along. Biarlah lambat, janji sempat ye.

Buka sliding door di beranda rumah, cahaya matahari mula memancar. Hangat je rasa bercampur angin sejuk yang bertiup sekali-sekala. Subhanallah. Saya pun memulakan langkah pergi beli tiket bas. Macam biasa dekat Uncle tu. Kembang kuncup hidung berjalan. Pagi ni tak ramai tourist pulak. Selalu kalau jalan ada je menegur "Good morning, Good morning"
Selepas bersalaman dengan keluarga, saya pun naik bas. Penuh tourist je, so disebabkan tak nak mabuk, saya pun tidur cepat-cepat. Bila sampai je Rawang, cuaca panas mula singgah. Pening kepala dengan terik mentari. Ya Allah, kalau ini panasnya matahari yang berjuta kilometer dari bumi, macam mana panasnya semasa akhirat yang sejengkal tu.
Bila sampai KL Sentral, lupa pulak saya berseorangan. Beg dah la gabak, berat, dua pulak tu! Nak patah pinggang menggendong beg. Sampai Sri Rampai saya pun dijemput, makan steak dekat Wangsa Link. Mahellll dan tak sedap. Entah apa special tempat tu, tapi ramai. Maybe tekak masing-masing kot.

Sampai je depan rumah, beri salam. Terdengar suara anak buah terjerit-jerit Mak Ngah! Mak Ngah! Hahaha budak comel ni, tapi saya menyorok tepi dinding. Pusing satu rumah dia mencari. Last2 jumpa jugak. Maka melekat la dua ketul di pangkuanku. Rindu letteww
Apa pun Alhamdulillah thank you Allah kerana dengan kuasamu selamat aku sampai.

No comments:

Post a Comment